CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 16, 2011

my mother~~~~my father~~~~ღ


Assalam...

aku,
aku adalah seorang anak,
seorang anak yang kadang2 patuh kpd ke 2 ibu bapanya dan kadang2 tidak..
aku ini seorang anak yang hanya mementingkan diri sendiri..

mama,
mama adalah seorang yang sangat berharga dalam hidupku..
walaupun aku tidak pernah menunjukkan kasih sayang ku,
namun hanya Dia sahaja yang tahu,
betapa aku sangat sayang kepadamu..
mama seorang yang sangat scretive..
tak siapa tahu isi hati dan perasaannya...
cara mama mendidik kami semua agak tegas, aku tahu dirimu itu sangat sayang kepada kami..
ramai orang cakap menjadi satu2nya anak perempuan dalam keluarga amat beruntung,
tapi tidak pernah aku rasakan seperti itu..
aku tidak tahu bagaimana cara untuk bermesra dengan seorang ibu...
aku sangat cemburu melihat kawan2ku yang sangat rapat dengan ibunya..
teringin sekali aku untuk bergurau senda dengan mu,
tapi semuanya tidak menjadi..
bagaimanakah rasanya sayang kepada ibu...
aku tidak mahu,
bila waktunya tiba nanti,
saat itu aku rasa menyesal yang teramat..
disaat ini aku akan cuba untuk menjadi seorang anak yang baik kepadamu..

papa,
panggilan itu yang selalu aku panggil kepada ayahku...
dia seorang sangat berjaya dalam hidupnya..
dia seorang yang berhati lembut dan mudah tersentuh..
sudah banyak kali aku melihat airmatanya mengalir...
sakit hati ini melihat air mata itu...
akan aku cuba untuk menghalang daripada airmata itu mengalir lagi..wahai ayahku...
dia sangat suka berkongsi cerita, samada gembira atau sedih...
katanya itu pengalaman hidup...
walaupun umurnya sudah mencecah 60 tahun dan mempunyai sakit jantung,
dia cuba untuk kelihatan sihat..
sedang diri ini sentiasa tahu papa selalu barharap,
setiap kali papa membuka mata di pagi hari,
papa berharap hari ini aku akan sentiasa sihat seperti dulu..
papa,
adakah aku seorang anak yang baik?
tidak pernah soalan itu aku ajukan kepadamu..
kerana diri ini kadang2 terlanjur kata dan perbuatan kepadamu..
"papa~~~", selalu aku memanggilnya dengan manja jika aku ada sesuatu yang ingin diminta..
diri ini serba kekurangan tanpa mu...
bagaimanakah diri ini harus menghilangkan sifat pentingkan diri???
ditika ini aku termenung sendirian, memikirkan peristiwa dikemudian hari dan akan datang....

mama, papa,
aku anak mu, Nur Anis Farhana Binti Mustapha, namaku dipilih dengan maksud yang sangat2 baik. Cahaya Kemesraan dan yang riang gembira...
tapi kenapa hati aku tidak sebaik nama itu...
wahai hati ubahlah perasaan ku supaya menjadi lebih kepada ke 2 ibu bapa ku...
bertaubatlah wahai hati daripada melakukan perkara yang dibenci Allah SWT..
mama, papa....
kak anis sangat sayang pada mama papa...
kak anis harap mama dan papa akan sihat selalu dan panjang umur...
supaya dapat melihat anak2mu berjaya dalam hidup...

ditika aku menaip isi hati ini,
airmata mengalir membasahi pipi..
kerana tidak dapatku bayangkan bagaimana hidupku tanpa kamu berdua..
sayang nya aku kepada kamu berdua...hanya aku dan Dia sahaja yang tahu...moga ungkapan itu akan aku ucap kan kepada mama dan papa suatu hari nanti...