CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 5, 2010

syu'uurun

PROLOG
“RRrringg!!” kedengaran telefon rumah berbunyi di ruang tamu. Lama, tiada orang yang menjawab panggilan tersebut. Tidak lama kemudian muncul seorang budak perempuan berlari-lari anak. Raut wajahnya comel, pipi yang putih mulus, mempunyai bentuk bibir yang comel kemerahan. Kanak-kanak itu berusia lebih kurang 10 tahun, lalu mengangkat telefon tersebut.
“Hello, nak cakap dengan siapa?” sapanya. Beberapa saat kemudian dia meletakkan gagang telefon di atas meja lalu berlari anak mendapatkan ibunya ke dalam sebuah bilik.
“Ibu, ada orang telefon. Dia kata nak cakap dengan ibu.” kata budak perempuan itu kepada ibunya yang sedang sibuk bersolek.
“Siapa?” tanya ibunya.
“Entahlah, In lupa nak tanya.” jawabnya. Tiba-tiba ibunya berhenti menyisir rambut. Lalu berkata,
“Kau ni kan memang tak boleh harap! Menyusahkan aku je. Benda macam tu pun tak boleh tanya ke! Sia-sia aku besarkan kau In. Dah la bapak kau tinggalkan aku sorang-sorang. Aku terpaksa tau jaga kau! Benda kecik macam ni pun kau tak boleh buat ke?!” jerkah ibunya menyebabkan dia terkejut.
“Tttt....ta..tak apa ibu, biar In pergi tanya dia, ya?” katanya dengan suara terketar-ketar seperti hendak menangis.
“Tak payah! Biar aku pergi tanya sendiri!” jerkah sekali lagi si ibu kepada anak kecil yang hampir menangis tersebut.
Ibunya terus bangun dari kerusi meja solek itu dan berlalu ke ruang tamu untuk menjawab panggilan tersebut. Anak kecil itu melihat gelagat ibunya yang berlalu pergi meninggalkannya.

“Aku nak minta tolong dengan kau ni Kiah. Kau tolong jaga anak aku boleh tak?” suara Kautsar terdengar sayup semasa menjawab panggilan tersebut.
“Hah, kenapa pulak dengan kau ni Sar. Tetiba je nak suruh aku jaga anak kau.” Suara terkejut Kiah kedengaran kuat di corong telefon.
“Sebab aku tak larat nak jaga dia. Aku kena pergi kerja, banyak benda nak buat la Kiah. Kau tolong aku ye?” jawab Kautsar jelas.
“Ish, kau ni Sar dah buang tabiat ke?! Kerja apa yang banyak sangat sampai kau tak larat nak jaga si Husnina sorang tu.” tanya Kiah kepada Kautsar. Perbualan telefon itu hanya soalan berbalas soalan. Akhirnya,
“Aku terpaksa la Kiah. Lagipun, kau kan ada kawan yang kerja dekat rumah anak yatim Anisa tu. Tolong lah aku. Kau sorang je yang aku boleh minta tolong” katanya
“Hmm...Sar, sar...aku bukannya tak nak tolong kau...tapi...boleh la... Malas dah aku nak cakap dengan kau ni Sar...” jawab Kiah sudah putus kata.
“Ye ke??betul kau nak tolong aku???”tanya Kautsar tak percaya dengan kata-kata kawanya itu.
“Betul la ni..”jawab Kiah dengan berat hati.
“Tak apa Kiah, bila aku ada duit nanti aku bayar dekat kau ye.” kata Kautsar hati senang.
“Suka hati kau lah Sar. Tapi jangan lupa tanggungjawab kau sudah.” Kiah sudah mengalah dengan kawannya yang keras kepala tu.
“Terima kasih Kiah. Aku sayang kau Kiah. Kau lah kawan aku satu-satunya. Esok aku pergi hantar In dekat rumah anak yatim tu ye. Kita jumpa kat sana. Bye.” kata Kautsar tanpa henti lalu meletakkan gagang telefon. Sejenak dia termangu seketika, dia mengeluh apabila melihat anaknya kelihatan gembira sedang bermain dengan anak patung kesayangannya.


just hiasan

No comments:

Post a Comment