CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 5, 2010

syu'uurun

PROLOG
“RRrringg!!” kedengaran telefon rumah berbunyi di ruang tamu. Lama, tiada orang yang menjawab panggilan tersebut. Tidak lama kemudian muncul seorang budak perempuan berlari-lari anak. Raut wajahnya comel, pipi yang putih mulus, mempunyai bentuk bibir yang comel kemerahan. Kanak-kanak itu berusia lebih kurang 10 tahun, lalu mengangkat telefon tersebut.
“Hello, nak cakap dengan siapa?” sapanya. Beberapa saat kemudian dia meletakkan gagang telefon di atas meja lalu berlari anak mendapatkan ibunya ke dalam sebuah bilik.
“Ibu, ada orang telefon. Dia kata nak cakap dengan ibu.” kata budak perempuan itu kepada ibunya yang sedang sibuk bersolek.
“Siapa?” tanya ibunya.
“Entahlah, In lupa nak tanya.” jawabnya. Tiba-tiba ibunya berhenti menyisir rambut. Lalu berkata,
“Kau ni kan memang tak boleh harap! Menyusahkan aku je. Benda macam tu pun tak boleh tanya ke! Sia-sia aku besarkan kau In. Dah la bapak kau tinggalkan aku sorang-sorang. Aku terpaksa tau jaga kau! Benda kecik macam ni pun kau tak boleh buat ke?!” jerkah ibunya menyebabkan dia terkejut.
“Tttt....ta..tak apa ibu, biar In pergi tanya dia, ya?” katanya dengan suara terketar-ketar seperti hendak menangis.
“Tak payah! Biar aku pergi tanya sendiri!” jerkah sekali lagi si ibu kepada anak kecil yang hampir menangis tersebut.
Ibunya terus bangun dari kerusi meja solek itu dan berlalu ke ruang tamu untuk menjawab panggilan tersebut. Anak kecil itu melihat gelagat ibunya yang berlalu pergi meninggalkannya.

“Aku nak minta tolong dengan kau ni Kiah. Kau tolong jaga anak aku boleh tak?” suara Kautsar terdengar sayup semasa menjawab panggilan tersebut.
“Hah, kenapa pulak dengan kau ni Sar. Tetiba je nak suruh aku jaga anak kau.” Suara terkejut Kiah kedengaran kuat di corong telefon.
“Sebab aku tak larat nak jaga dia. Aku kena pergi kerja, banyak benda nak buat la Kiah. Kau tolong aku ye?” jawab Kautsar jelas.
“Ish, kau ni Sar dah buang tabiat ke?! Kerja apa yang banyak sangat sampai kau tak larat nak jaga si Husnina sorang tu.” tanya Kiah kepada Kautsar. Perbualan telefon itu hanya soalan berbalas soalan. Akhirnya,
“Aku terpaksa la Kiah. Lagipun, kau kan ada kawan yang kerja dekat rumah anak yatim Anisa tu. Tolong lah aku. Kau sorang je yang aku boleh minta tolong” katanya
“Hmm...Sar, sar...aku bukannya tak nak tolong kau...tapi...boleh la... Malas dah aku nak cakap dengan kau ni Sar...” jawab Kiah sudah putus kata.
“Ye ke??betul kau nak tolong aku???”tanya Kautsar tak percaya dengan kata-kata kawanya itu.
“Betul la ni..”jawab Kiah dengan berat hati.
“Tak apa Kiah, bila aku ada duit nanti aku bayar dekat kau ye.” kata Kautsar hati senang.
“Suka hati kau lah Sar. Tapi jangan lupa tanggungjawab kau sudah.” Kiah sudah mengalah dengan kawannya yang keras kepala tu.
“Terima kasih Kiah. Aku sayang kau Kiah. Kau lah kawan aku satu-satunya. Esok aku pergi hantar In dekat rumah anak yatim tu ye. Kita jumpa kat sana. Bye.” kata Kautsar tanpa henti lalu meletakkan gagang telefon. Sejenak dia termangu seketika, dia mengeluh apabila melihat anaknya kelihatan gembira sedang bermain dengan anak patung kesayangannya.


just hiasan

really need to find dis novel..!!


ssahnyew nk cri novel ni...smpy 5 kdai pegi...











sgt2 mencari novel ni...adoi smalm nyew novel yg bru aku bli tuh sbnrnya kbetulan.actually nk bli bku ni..tp diorg ckp da abis..aku cri kat kdy len dia ckp x ambik stok..adusS..mne nk cri..tringin sgt nk bca cam best..

'novel' lives is more beautiful ^^

bg aku, khidupn novel ni lebih cntk. sbb kita dah tahu jaln citer dia, future wtk2 n dia nyew ending msti best. wlaupon kdg2 ada gak novel yg sdey ending dia tp ok...tp realiti bkn spt novel yg kita angan.

ini 1st novel yg aku bli.tajuk dia 'wo ai ni allah'karya penulis dr indonesia vanny chrisma w. novel ni bnyk sumbr2 ilmiah n ada gak la sdeh2.cter dia psal org cina yg x dep agama(xpnh anut mna2 agama, cuba mncri n ingin mngenl sapa tuhan sluruh alam.ada byk sgt p'soaln yg tmbul dlm pmikiran org cina trsbt.spt kta juga org islam kdg2 prnh trtnya2 ttp kita hya mmbnrkn shj.byk rintangan n dugaan yg diorg hdapi. best jgk la bla diorg dpt mncri jwpn untuk semua soaln yg diorg trtnya2 slma ni.


ini plak 2nd novel yg aku bli. tjuk dia 'percaya ada cinta' karya ryana adrina.
novel ni paling best ya ng aku pernah baca.dgn dia nyew jalan cter, wtk2 n ending sume best. novel ni jgk paling banyk bg kesan kat aku.tok brangan tu of course..hehe ttg len pon ade gak.tp mmg sgt2 best. xpnh borng aku bce novel wlpon krap kali ulang. cter dia psal seorg gadis yg amat dhgakn kasih syg ibu bapa yg selalu cbuk menjaga anak org len.dia dpksa khwin mak dia ngan anak kwn mak dia. dia rasa hidup dia hanya utk mak dia bkan utk kbhgiaan dia. ada gak konflik antra saudara. dan mcm lg..wah...novel ni kn mmg sgt menepati cita rasa aku..mmg2 sgt2 best..

ni plak novel yg 33rd bru aku bli smalam. tajuk dia 'cinta aku seadanya' karya murni aqila.

umm...nk kta x best pon xley gak, sbb jln cter dia pon mnrik jgk..tp agak slow ckit.last2 bru dia cam nk mnrik skit.cter dia psal seorg gadia yg ada tnda lahir kat pipi dia. dia malu sbb sume org kutuk dia. dia seorg yg amat2 rendah diri smpai kdg2 dia xsgaja mghina diri sendri. dia xprnh nk sagka yg akan ada org ske kat dia wlaupon dia khwin tnpa prasaan cinta atas rasa kasihan drp keluarga suami. suaminya tdk pernah myentuh nya sejak khwin sbb dia x tau nk 'buat' cner..adoi~~tp dia mmg cinta kat isteri dia. cuma slalu ada slah faham. lelaki egonya tggi.psal maruah x brani dia nk gtau kat bini dia. adoi la.ni la satu2 nye novel yg aku bca dari awl asyik nagis jep smpay la abis..

antara ke tiga2 novel yg aku bli tuh, aku rsa 2nd novel yg aku bli yg pling worth yg prnh aku bca. ia kdg2 sama ngan ctuac aku.tp aku x psti jika aku jgk boleh dpt suami sebaik arsyad zikri tu. dia t'lalu baik sgt2. xprnh aku byang ade x gak lki cmtuh lam dunia ni. mcm papa aku dia b'cinta ngan mama bru dia kwen.tp lam cter tuh diorg kna pksa khwin. btapa bhgianya kalo dpt suami mcm tu.sgt2 memahmi. adoi~~....doa2 je la supaya aku jgak leh dpt suami camtu..

Wednesday, July 21, 2010

hati seorang gadis yg pilu..

assalam..

kisah seorng gadis.
dia adalah gadis yang baik. kadang2 buruk prangai kerana dengki. dia kdg2 t'pksa b'bohong krna tidak mahu dilukai dan melukai. dia kadang2 kesepian. dia gembira, saat dia tahu dia mengalami kesedihan. dia sedih saat dia mengalami kegembiraan. dia kdg2 kebudak2kan. dia ingin bermanja tp x boleh kerana dia tahu dia xlayak.dia gmbira saat kwn2nya senang hati, tp dia malu untuk menunjukkan reaksi. dia malu utk b'kwn, melainkan ada org ingin b'kwn dengannya. dlm keadaan dirinya skarang, dia mgalami bnyak p'kara yg elok. dia sgt berahsia dgn kwn2nya. ttp dia sgt snsitif dgn p'kara ketuhann dan ibu bapa. di dlm hati nya ada 2 p'kara yg ingin dia lakukan. dia 't'pksa mngrbankn salah satu. antara pelajaran dan mencari jalan Allah swt. walaupun dia amat jahil dengan agama, kdg2 dia trasa ingin tahu dn ingin mendekat Pencipta Alam ini. dia sedih kerana kejahilannya tntang agama.apa yang harus dia lakukan??adakah dia patut memilih??dia ingin merasai apa itu rasa cinta kepada Allah SWT yang abadi??dan juga cinta kepada seorang in yang fitrah??dia kadg2 merasai yang dia tidak layak untuk mendapt semua itu, kerana kejahilannya. APA YANG HARUS DILAKUKAN??....................

Friday, June 25, 2010

NoveL Ooo..NoveL

Diploma dah tamat..bulan 5 ari tu..stat bulan 7, aku sambung wat degree plak kat shah alam..rindunya kat kwn2 uitm kedah..hukhuk rindu sgt2..!!

so, cuti dua bulan ni aku try la nk wat novel. tp x siap lagi, bru wat smpai bab 5. tp aku nak post kat blog aku ni. kot2 la ada org nak baca bleh bg komen2 skit.

jalan citer dia ada sdih, gembira, sakit hati n mcm2..tp citer pasal family life, ketamakan, kasih sayang, cinta dan mcm2 lagi. tajuknya 'Syu'urun' which means perasaan. aku saja pilih tjuk ni bg nmpak klasik skit..hehe dan nama2 cast pon klasik gak..hehe saje bg nmpak kelainan..bace la ek aku post chaptr by chaptr..

Sunday, February 7, 2010

rindu Kian MENEbal....

assalam...

semester ni semester akhir aku di uitm kedah. pejam celik pejam celik dah 3 tahun dah aku study kat cni. rasa sedih tu sedang terasa walaupun masih awal untuk melinangkan air mata. tapi aku rasa kalo lpas abis final ni mesti akulah owg pertama yang nangis. aku ni jenis yang cepat nangis. rindunya aku kat kwn2 aku eventhough x rapat sgt ngan kwn2 kelas tapi aku akan tetap rindu kat diorang...last sem........................................................sedih:-(......................

tapi perpisahan tetap slalu ada dimana2. tapi x tahu bila lagi nak jumpa korang sume............................................xsuke nyew.........................................tapi aku janji yang aku akan jumpa jugak korang walau da be2rapa tahun berlalu...................................

Monday, November 9, 2009

Assalam:-)...
Hari ni nak bercerita pasal kisah-kisah anbia'...
aku paling suka kisah nabi adam...nak tau knp???
bacalah sendri...aku da siapkan ceritanya kat bwah ni baca o.k.....

KISAH NABI ADAM A.S


Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yang diciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Kekhuatiran Para Malaikat.

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari. Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat, kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna

Iblis Membangkang.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya. Iblis merasa dirinya lebih mulia,l ebih utama dan lebih agung dari Adam, karena ia diciptakan dari unsur api, sedang Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."
Karena kesombongan, kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan, maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan,tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."

Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.

Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi, maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta, kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu, jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."
Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."

Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam, berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

Adam Menghuni Syurga.

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga, ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya. ia ditanya oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi.
"Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi.
Adam menjawab:"Untuk mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."

Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga,rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya, rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya.Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim.Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, ia akan berusaha membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini."

Iblis Mulai Beraksi.

Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh Allah dari Syurga akibat bangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya. Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.
Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka.Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka.Ia membisikan kepada mereka bahwa.larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah karena dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal.Diulang-ulangilah pujukannya dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya.Sehingga pada akhirnya termakanlah pujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan.

Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."
Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar.Seraya menyesal berkatalah mereka:"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu karena terkena pujukan Iblis. Ampunilah dosa kami karena nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."

Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.

Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian peringatan Tuhan tentang Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa pujukan dan rayuannya yang manis namun berancun itu.
Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis dan akan berusaha agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan pujukan Iblis yang terlaknat itu. Harapan untuk tinggal terus di syurga telah pudar karena perbuatan pelanggaran perintah Allah, hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya. Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk dikelolanya, akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu. Berfirmanlah Allah kepada mereka: "Turunlah kamu ke bumi sebagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disana sampai waktu yang telah ditentukan."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali. Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeda-beda warna kulit dan kecerdasan otaknya.Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.

Kisah Adam dalam Al-Quran.

Al_Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al_Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al_A'raaf ayat 11 sehingga 25

Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.

Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oleh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.

Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf.Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu.Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali.Rahmat allah dan maghfirah-Nya dapat mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.
Sifat sombong dan congkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan.Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat karena kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.